Isnin, 2 Ogos 2010

Dia

Dia sangat tegas dan selalu ingin memastikan yang terbaik...
namun pada 30/7/10 jam 4.40am...dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..

atuk yg selama ini menghabiskan sisa hidupnya di kerusi malas, meja makan diluar sambil membaca Al-quran dan berbaring di atas pangkin...kini telah pergi buat selamanya...

dia yang kami kenali adalah bekas askar...pada pengamatan aku sebagai cucunya, atuk aku seorang yg agak tegas...kalau ayah mahu menanam pisang pon mesti ikut cara dia...begitu juga cara membuang sampah dan memotobg rumput..kalau salah sikit, dia akan melakukan perkara itu sendiri..

pon begitu, disebalik ketegasannya...dia paling suka apabila kami berkumpul beramai-ramai dirumahnya..adakalanya dia akan berlawak jenaka jika kene tempatnya...sangat tidak kedekut...dan amat disenangi oleh sahabatnya...tetapi..bukan semua orang sempurna...

terdapat segelintir orang yang agak membencinya...itu sudah lumrah...atuk selalu menegakkan tanah rezab yang berada di surau...ada diantara mereka yang tidak berpuas hati....dan setiap kali hal itu dibangkitkan...mak, mak long, cik a'a dan andak akan risau kerana dia cukup marah terhadap orang yang mencerboh tanah rezab...

hati atuk sangat cekal..walaupun dia agak sukar untuk berjalan dan penglihatannya yang sudah kabur, dia tetap menunggang motosikal ke masjid dan surau...dan akhirnya kerisauan kami selama ini terjadi apabila dia dilanggar oleh sebuah kereta...selepas menjalani pembedahan, dia akhirnya didapati menghidap darah beku di perut dan di otak...

kemalangan itu hanyalah penyebab untuk dia pergi meninggalkan kami...setelah kritikal beberapa kali...ada diantara sahabat yang inginkan dia menghembuskan nafas yg terakhir pada hari jumaat...ternyata doa dan harapan kami dimakbulkan Allah...

Kini, hanya tinggal kenangan mengerinigi kami..deruman motosikalnya yang pulang dari surau sudah tidak kedengaran...kerana deruman motosikal itulah yang akan membuatkan kami cepat² pergi solat supaya tidak disekolahkan olehnya...

ketika emak text aku pada jam 5.00am..aku dan suami sudah tidak boleh tidur dan terus menuju ke hospital untuk menemankan mak long...setibanya di hospital..aku melihat sekujur tubuh kaku diam membisu...dan ku lihat mak long sudah tabah dan rela dengan ketentuan Nya....adik dan suamiku menguruskan hal berkaitan kematian dan adik mengiringi jenazah ke rumah atuk...

walaupun atuk bersaiz agak berat, suamiku ada memberitahu yang atuk begitu ringan sekali ketika diangkat...dan selsai solat jenazah, hanya aku, adik rin dan mak long yang tinggal dirumah kerana kaki aku membengkak disebabkan kandungan ku yang hampir mencecah 5bulan...

ada yang bercerita...walaupun lianglahad kelihatan kecil..tapi ia boleh memuatkan dua orang atuk didalamnya...ALhamdulillah..jenazah atuk telah selamat disemadikan dengan tenang dan aman...

kenduri selama 7 hari adalah permintaannya terhadap pakcik..begitu juga permintaannya untuk tidak membuang papan² diskeliling rumah...ada gunanya katanya untuk menyempurnakan jenazah nya...

Ya Allah...kau tempatkan mereka yang aku sayangi di tempat orang yang beriman dan kau sayangi serta sanjungi...

Al-fatihah...